Kelas Asas Microsoft Office Excel Sesi 2
9 September 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Asas Microsoft Office Excek Sesi 2 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 08 September 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Antara pengisian kelas ini adalah menerangkan ikon-ikon tertentu sahaja di ikon Home dan Insert. Di ikon Home dan Insert, mereka didedahkan dengan perkara-perkara asas sahaja seperti cara menukar tulisan kepada pelbagai, membesarkan dan mengecilkan huruf, menjadikan tulisan berwarna, dan teknik “highlight” menggunakan tetikus bagi membolehkan mereka untuk mengubah tulisan dan sebagainya dengan mudah. Mereka juga diajar cara untuk membuat jadual dan membuat asas pengiraan seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: